Monday, March 8, 2010

Solat Berjemaah - Sepupu sepapat


Tiap2 hari Ahad, Cikpa dia datang umah mak..jadi aku cubalah kumpul kan budak2 ni Adam,Amin,Syahmi,Maryam dan Irdina untuk sembahyang sama2..nasib baik tak ada masalah bila suh sembahyang, cuma masing2 tak nak jadi imam..kecoh ler sekejap cari kopiah, sejadah dan dengan Maryam punye kain sembahyang. Teringat aku dulu2 zaman sepupu2 dia, sembahyang jemaah macam along, muiz dan adib..Skang giliran mereka pula..Harap usaha aku akan mendapat yang terbaik dariNya.Semoga mereka semua ni menjadi anak yang soleh dan solehah..Amin

Sambutan Hari Lahir Di Taska MPK




Selamat Hari Lahir Maryam pada 05 Mac 2010 yang ke 5 tahun, semoga dimurahkan rezeki, jadi anak yang solehah,panjang umur dan diberkati Allah S.W.T. Sambut hari lahir Maryam beli kek sahaja hantar ke Taska dia..skang ni ramai plak la minat n suka makan kek pandan layer tu..ada juga la yang tempah nak buat hari lahir anak dia. Memang sedap kek tu, rugi tak rasa. Maryam ni selagi tak bawak kek kat taska dia, selagi tu ler dia tanye. Supplier kek tu sapa lagi kalu bukan cik, kakak aku. Katanya hadiah hari lahir Maryam kek tu, tiap2 tahun seronok ler Maryam dapat hadiah kek jer..save buget aku hehe..

Ni tak tau ler bila nak wat sekali ngan Irdina, anak saudara aku..Hari lahir dia 04 Mac, jadi adik aku nak buat sekali ler ingat..Maryam apa lagi bila dah tau nak buat sekali ngan Dina selalu ler menanya (bila nak buat?).Tengok ler buget cukup boleh buat hujung bulan ni ker..hehe

Tunggu juga orang Qatar sponsor..haha

Saturday, March 6, 2010

Pokok Orkid






Cantik tak bunga orkid saya yang baru semalam beli...Tapi dah berbunga..untung sungguh saya beli pokok ni, dah ada bunga sekali..murah juga lah harga pokok ni..puas juga cari kat mana ada pokok yang dah ada bunga sekali,rupa2nya jumpa kat rumah no 17, lorong 4 Taman Pelindung Jaya..hehehe

Tuesday, March 2, 2010

Solat Maghrib



Alhamdulillah...
Setakat ni Adam dan Maryam tak susah mane bila suruh sembahyang. Tapi Maryam ni kadang2 liat jugak la. Adam plak, setiap kali masuk waktu hari-hari kene ingatkan dia, kalu tidak ingatkan dia alamaknya tak solat la dia. Setiap kali dia solat aku kene tunggu sampai habis dia solat, sebab banyak yang kene diperbetulkan. Setiap kali nak solat juga mesti Adam tanya, (Berapa ma?) kadang-kadang sekali ngan jari dia tunjuk..nak tau berapa tu apa? berapa rakaat... Aku cuma anggukkan ajer, menandakan yang jari dia tunjuk betul..Adam ni selalu nak sembahyang berjemaah dengan aku, bukan setakat berjemaah jer siap nak jadi imam sekali plak tu..Adam2.Aku tau tak baik sebenarnya, sebab dia tak baligh lagi. Tapi bila pikir nak mendidik dia dari kecil ni terpaksa lah ikut cakap dia. Biasa aku berjemaah dengan dia solat maghrib, yang nak sukanya aku baru rakaat pertama dia dah rakaat kedua...aku baru tahiyat awal dia dah bagi salam...Maryam plak siap cakap 'cepat abg habiskan solat nanti ma menang plak' berdosa juga kan aku dengar dia cakap, tak kusyuk namanya..hehehe

Adam tak pernah lupe berdoa bila dia habis sembahyang..Dulu aku pernah juga dengar dia baca doa habis sembahyang..lancar dia baca..sebab dulu aku hantar dia belajar kat taska pelindung damai..cikgu kat situ memang bagus.sekarang cikgu tu dah berhenti daaa.sedih...Adam baca kuat doa tu sebab tu aku dengar..tapi skang doa habis sembahyang Adam baca perlahan dah, bila aku tanya dia diam jer, bila aku tanya lagi apa yang dia baca, dia cakap baca doa jadi anak soleh, rajin belajar dan jangan nakal2..bertuah punya anak..aku ingat dia tak ikut apa yang aku doakan masa sama2 sembahyang berjemaah dengan dia tu..rupanya dia ikut juga..aku saje jer bila berdoa, aku doa kuat2 supaya dia orang dengar..hehehe..biasa kalu adik dia lambat, Adam akan jerit (cepat dik waktu dah nak habis dah ni!!)mana taknye, dah nak dekat pukul 8.Adui...

Aku cuba mendidik anak2 aku supaya menjadi anak yang berguna..memang la Adam tu nakal sikit..tapi insyallah aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka berdua..Semoga Adam dan Maryam menjadi sebaik nama yang diberi dan menjadi anak yang soleh dan solehah.Amin..

Sunday, February 21, 2010

Gambar terbaru kakak...


Tak banyak aku ambil gambar kakak...semalam masa dia datang kat umah mak untuk hadiri kenduri kahwin nyambut nantu anak Zul Satay aku lupe plak nak ambik..semalam comel kit kakak sebab aku dah letak kat rambut dia dengan minyak..Pandai plak tu lepas sikat rambut dia pergi dalam bilik aku ambik bedak...keluar2 dah bertapung kat muka..penuh bedak kat muka kakak.hahaha Adam dan Atirah gelakkan dia.Tengok lah kakak yang bertudung hijau...pakai tudung mahal tu..

Gelagat






Tengok ler tu..Adam dan Maryam letih sangat sampai tertidur dalam kereta, balik dari kenduri kahwin umah Pah Ngah, Bukit Goh...Qaira plak semakin tembam..hehe sempat gak ler ambik gambar dia, walau batery tinggal skit lagi..Tengok ler gambar sepupu aku tu, nak kawin lambat lagi..tapi berangan jer kuat. Anak aku Maryam apa kurangnya..

Kenduri kahwin sepupu....






Hari ni 20/02/2010 sepupu aku kahwin...Ramai ler sedara mara datang. Iyer lah masa ni la nak jumpa dengan sedara mara terdekat..sempat juga lah ambik gambar sebahagian dari keluarga aku..Tapi aku memang lupe betul nak ambik gambar mak sedara, sepupu2 yang lain,kakak aku yang paling sibok tu..cik dan long. Anak2 sedara dan anak aku yang duk main kolam ikan pak ngah. Adui habis nyer pasir n segala mende buat masuk dalam kolam tu..Layan jer budak2 tu sebenarnya, jangan sampai masuk dalam kolam tu sudah...risau gak aku sebenarnya dengan anak2 aku terutamanya adam..hehehe. Kolam pak ngah tu bukan cam kolam ikan jer..cam kolam renang..patut ler si adam tu geram jer nak masuk dalam...Aku sebok gak sebenarnya, tapi sebok awasi mereka..dengan kakak plak sama sebok nak tengok pengantin..terpaksa lah aku tolong ngantar n letak kasut dia kat tempat lebih senang dia nak pakai..maklum lah ramai orang, lagi pun dia tu lesen L..hehehe

Kat sini ada ler skit2 gambar yang sempat aku ambik..sebenarnya camera aku lupe nak caj batery..tu yang kedekut nak ambik banyak gambar tu..tengok ler yer