Thursday, January 28, 2010

Signal Kereta

pada 26/1/2010 kereta aku buat hal lagi. Sama kat tempat dimana kereta aku rosak 2 minggu lepas. Tiba2 signal tak hidup. Paling aku risau bila tak ada signal, sebab nak masuk simpang susah. Lagi pulak aku dari Jalan Penjara nak pergi ke Jalan Tanah Putih kat MPK. Semua orang tak bagi laluan.. geram juga rasanya, tapi bila aku dah geram sangat aku masuk jer. tak kan nak hulur tangan tak sampai. Kalau nak pergi ke kanan boleh la lambai2 tangan.hehehe.

Tengahari tu aku g baiki signal dekat Semambu kedai kawan aku. kata tuan kedai tu wayer aku terbakar. Aku tunggu la dia buat wayering lu...tunggu punye tunggu barang plak tak ada. Dia cuma boleh wayering jer dulu. Kawan aku kata kat kedai kawan dia ada barang, bergegas plak la aku pergi kat Jalan Beserah. Bendenye kecik jer, batery signal rupanya, hege RM30.00. Itulah orang pempuan jangan tau bawak kete jer (termasuk aku la). Aku ingat signal tak yah pakai batery...hehehe

Dahan Pokok

07 Januari 2010. Permulaan awal tahun kereta aku dimanjakan. hehehe. Aduhai dahan pokok. Kenapa lah kereta saya yang dipilih.. Jarang sekali parking bawah pokok. Hari tu tak bernasib agaknya. Biasa tengahari aku keluar pergi jalan. Tapi hari tu aku rasa malas sangat. Sekurang-kurangnya bila tengahari aku keluar, balik mesti aku parking kat lain punye. mesti tak kene punye. Memang kereta aku yang dipilihnya. Petang tu rupanya ramai yang perasan dahan tu jatuh. Keesokan harinya ramai lah yang tanya. Ada yang terpandang betul2 dahan tu jatuh...

Petang aku keluar dari pejabat tekejut aku tengok ada dahan pokok kat tepi kereta. Aku Nampak habuk2 penuh dekat tepi pintu dan cermin kereta. Masa tu aku terpikir,mesti duit lagi ni. Habis juga bumbung aku kemik. Rupa2 boleh buat report polis dan claim dengan Jabatan Taman MPK. Lega rasanya. Skang kereta aku dah dibaiki mahal juga baiki atap. Kene juga dahulukan duit, sebab kewangan tengah proses aku punya permohonan.

Kereta Rosak


Pagi tu aku keluar dari rumah macam biasa. Entah kenapa aku rasa macam tak kene jer dengan kereta aku. Lepas jer aku hantar anak kat Taska, terus menuju ke pejabat. Masa tu dah la hujan renyai2, nasib tak lebat hujan. Tiba2 sampai kat Jalan Penjara betul2 berhenti dekat 'traffic light' aku cuba tekan 'clutch' tapi kosong. aku cuba masukkan gear tapi ketat, memang tak boleh gerak lagi kereta tu. Bila aku tengok belakang kereta aku, ada bas UIA. Lampu dah bertukar hijau, apa lagi 'nervous' gila. Nasib baik la aku dengan kawan masa tu. Tak de lah teruk sangat 'nervousnyer'. Aku cuba lagi tapi tak boleh. Kereta lain dah sibok bunyikan hon masing2. Tak ada perasaan ker.. Bodoh ker orang nak berhenti kat tengah jalan tu.

Pemandu bas tu memang baik hati... Brother tu terus turun tanya kenapa..aku cakap susah nak masuk gear 'ketat'. mungkin minyak clutch bocor katanya. Bagusnye dia tolak kereta aku ke tepi...Adui masa tu plak kredit tinggal ceput jer.. jenuh plak la aku pinjam tepon ngan kawan. Aku cuba telepon kawan sepejabat ni. Dia ni selalu suke tolong orang..Apa lagi aku memang teringat kat dia jer yang boleh tolong. Lebih kurang 10 minit aku tunggu dia sampai dan cuba tengok kereta aku...

Apa dia kata..Kereta aku minyak kat clutch bocor...Terpaksa lah aku tinggal kereta aku kat situ dulu sementara tunggu suami ambil baiki. Terima kasih aku ucapkan kepada along satu pejabat sebab banyak sangat tolong aku...habis juga RM150..Sebenarnya berguna juga kita buat simpanan untuk kecemasan...Aduhai kereta ku Satria 2564.

Sunday, January 24, 2010

Fujita Lactose-S


Gaya hidup moden yang sentiasa sibuk turut mengancam kesihatan kita disebabkan pengambilan makanan yang tidak sihat. Makanan yang belum sempat dicerna akan bertukar menjadi sisa, yang kemudiannya terkumpul dan membebankan dinding usus. Akibatnya, daya penyerapan nutrien badan akan terjejas.

Fujita Lactose-S ialah sejenis suplemen kesihatan 100% natural yang membantu mengekalkan usus yang bersih dan sihat. Ia mengandungi 1 bilion bakteria bifidus yang mesra bersama bakteria baik yang lain untuk mengekalkan persekitaran asidik yang ideal demi membantutkan pembiakan bakteria jahat. Kandungan laktosa juga membantu meningkatkan keseimbangan bakteria baik dalam usus pada paras sihat. Tambahan, penapaiannya akan membebaskan gas asid karbonik yang memperbesar dinding usus dan merangsang pergerakan peristaltik, yakni membantu menyingkirkan sisa degil daripada usus.

Fujita Lactose-S juga bersifat simbiotik. Dalam erti kata lain, ia mengandungi prebiotik dan probiotik yang membantu meningkatkan flora usus yang baik serta kesihatan usus yang lebih baik. Selain itu, ia mengandungi serat diet, ekstrak oat dan vitamin C serta merupakan bantuan pengurusan yang efektif.

. Selepas makan daging memang kene makan lactose kerana daging lambat hadam. Bila lama dia dalam usus itu yang membuatkan alegik, mulut berbau dan boleh mendapat kanser usus. Pakar cakap masih terdapat makanan yang 2 tahun lepas masih terlekat disekeliling dinding usus.
. Untuk kesan yang lebih cepat, perlulah makan lactose dahulu sebelum makan ubat kesihatan yang lain. Kerana lactose boleh singkirkan sisa degil daripada usus. Jadi senang lah usus kita menyerap nutrien2 yang baik. Tidak lah usus menyerap makanan yang reput dalam perut. Ini juga untuk peringatan saya juga.

Cara 'TIDAK' Untuk Kesihatan


Pada 1998, Dr Ferid Murad, dengan kerjasama saintis yang lain, dianugerahkan Hadiah Nobel atas penemuan mereka yang mengatakan TIDAK pada saluran darah berisyarat badan untuk relaks dan meluas, yakni merendahkan tekanan darah dan menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
LIVEXtra ialah formulasi khas untuk kesihatan kardiovaskular yang dibangunkan di bawah konsultasi pemenang Nobel Dr Ferid Murad. Ia mengandungi adunan eksklusif:
•Asid Amino Bergred Farmaseutikal (L-Arginina) berbentuk bebas yang amat berkesan dalam penghasilan Oksida Nitrik (NO) untuk menggalakkan peredaran darah dan membantu mengekalkan keanjalan saluran darah
•Probiotik CoQ10 berpaten yang mengandungi 20 kali ganda unsur antioksidan dan dapat dikekalkan dalam badan 68% lebih lama daripada CoQ10 biasa
•Nutrien sinergistik yang bekerjasama dengan NO untuk kesihatan jantung seperti asid folik, metafolin, vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin E dan beta karotena

. Kita boleh makan mende2 yang berminyak ke atau yang tinggi kalorinya, tapi dengan syarat mesti makan livextra. Sebab apa dia boleh membantu kekalkan keanjalan saluran darah. bila saluran darah kita tak sempit, boleh lah darah mengalir dengan lancar dan tak lah terjadinya lemak tersumbat boleh strok dan serangan jantung.


Thursday, January 21, 2010

Dengan Makanan Unggul Semulajadi


Permata pemakanan seimbang adalah spirulina Elken.

. Spirulina adalah organik dan alkali untuk nutrisi seimbang
. 100% tulen dan organik
. apa yang paling saya suka sprirulina adalah makanan lengkap dengan nutrien penting dalam nisbah seimbang untuk keperluan badan manusia.
. ada juga mengandungi nutrien seperti protein, (asid amino), vitamin,mineral, kaborhidrat, asid lemak perlu, klorofil, beta-karotena, Phycocyanin & Xantofil
. Mudah dicernakan & diserap
. Disijilkan bebas Mikrosistin
. Untuk kecantikan kulit juga
. Untuk ibu mengandung memang bagus
. Menguatkan antibodi

Kenangan Bersama Sha


Masa mula Sha masuk praktikal kat MPK, memang Sha nampak kekok. Aku plak memang la masa tu baru lagi kenal Sha. Bila dah lama dengan Sha aku rasa selesa sangat. Sha aku anggap macam adik aku sendiri. Skang ni Sha dah habis praktikal dah. Kat MPK ni praktikal silih berganti, tapi Sha dalam ingatan.. tak akan dilupakan sampai2 bila.

Sian Sha kebetulan masa Sha praktikal kat MPK, masa tu sebok dengan 5S. Memang siang malam kerja tak terkecuali Sha juga.Tapi itulah hakikatnya, kerja Kerajaan ni dan Sha plak dapat pengalaman dan ilmu. Apa yang penting bila Sha dah kerja nanti dia boleh gunakan pengalaman tu.

Sha semoga berjaya...

Klinik

Aku keluar dari rumah macam biasa la..dalam kul 7.15am. Sampai kat sekolah Sri Kuantan dalam kul 7.30am. Macam biasa lah aku anto adam ke bilik dia. Biasa lah adam tu dengan baju, bag n kasut sekolah lagi nak bawak. Aku cuma tolong bawak baju jer la sebab takot kotor. Kalu dia bawak mesti kotor habis baju tu... Kul 7.30am aku bekejor plak ke Taska MPK kat Bukit Ubi, aku mesti sampai dalam kul 7.45 kat situ, kalu aku lewat skit memang lambat 5 minit lah sampai kat pejabat....

Belum lagi hilang penatnye. Kul 9 lebih gitu ar, aku dapat panggilan dari cikgu taska menyatakan Baby Yam pucat bibirnye dan dia sakit dada. Aku memang dah tak boleh nak buat kerja dah, hati dah rasa takut pun ada. Iyer lah bila aku dengar cikgu cakap sakit dada. Bermacam2 yang aku fikir. Cepat2 aku pergi ke taska untuk melihat Baby Yam.Iyer la dah la hari kelmarin dia dah muntah. Aku sampai jer dia dah baring kat tilam, cikgu dah pun urut perutnyer..

Aku membawanyer ke Klinik Alfarabi untuk membuat susulan kesihatannya. Sampai ajer disitu Baby Yam melompat2. Macam tak sakit jer..aduhai Maryam.. Doktor cuma bagi tau kembong perut. Alhamdulillah...Maryam ni memang suke sangat jumpe doktor dan makan ubat. Sikit2 sakit nak jumpe doktor..pantang kalu aku lalu dekat Poliklinik Beserah tu dia pasti tanya punye bila nak g jumpe doktor..


Inilah pengorbanan seorang ibu membesarkan anak...

Monday, January 18, 2010

Kelam Kabut


Lega rasanya dapat rehat, yerlah dari pagi di pejabat dan petang pula jemput Adam di sekolahnye. Sampai rumah sedar tak sedar dah kul 6.50 petg. rehat kejap...dan bermula lah aktiviti dirumah pula. Bukan ape aku ni sentiasa kene berlumba dengan masa...Iyerlah anak aku ni bukannyer macam anak orang lain yang sesetengahnyer senang bila disuruh, tapi bila ada abah dia ada kat rumah lain pulak, sebab dia takut dengan abah dia. hai itulah yang buat aku rasa letih tu. Suami aku kerja sebulan siang, sebulan malam jadi bila kerja malam susahlah nak pantau kerja sekolah dia.bila suh mandi plak bermcm2 alasan. tapi bila hari cuti sabtu, ahad diwaktu siang abah dia lain skit plak..dapat juga lah aku merehatkan kepala ni sebab bila dia orang tak dengar cakap aku akan panggil abah dia, baru dia takot. kalu kerja siang plak memang lah senang skit sebab kejut bangun pagi dia yang kejotkan, balik sekolah bila dia tak mandi lagi aku tak akan paksa sebab malam karang abah dia balik kul 8.00 mlm. Tapi bila cuti abh diapun kerja jugak sabtu dan ahad, aku pun naik pening coz dia pergi main kat luar...aku bukan tak bagi anak aku berkawan dengan orang kat situ, tapi aku banyak kerja lagi yang nak dibuat....mana nak pantau dia main kat tepi jalan tu. Kadang2 aku lebih suka suami aku kerja kul 8 balik kul 5. tapi apakan daya rezeki dia dah disitu, aku terima...biarlah kalu suami aku ada kat rumah kalu dia tak ambil tau pun tak apa, cukup dia duduk kat kerusi pun ok..hehehe jadi patung..baru dia orang takot.. Budak2 ni pandai bila dia tau abah dia ada rumah, balik dari sekolah mesti baju dalam bag dikeluarkan dan masukkan dalam baldi kat bilik air tu...tapi aku dah suruh abh dia cari kerja lain.senang skit....skang ni pun suami aku tengah usha2 kerja lain..cuma tak ada rezeki lagi kat tempat lain.

Baby Yam panggilan dari kakak Nadhirah untuk maryam. Pandai kakak....
Baby yam plak aku ambik dia kul 5.45ptg semalam, jadi aku singgah eng hong dulu beli barang. Bila sampai jer kat luar, maryam cakap dia sakit perut.masa tu aku ok jer lah sebok mencari barang2 utk disiapkan makan pagi adam ke sekolah. Bila aku sampai tempat sayur maryam dah tak tahan, dia menangis...Aku gelabah la cari toilet kat blakang tapi tak jumper...aku pun ambil keputusan balik jer, tanpa membeli barg2 yang telah kuambil..bila aku masukkan maryam dalam kereta elok2 jer dia tanya mana barang2 tadi, aku cakap tak beli lah sebab adik kn sakit perut...Elok jer dia cakap (tak pe ma pergi bayar la dulu)...aku dah tau sebab apa, ada air vitagen dia kat dlm bakul tu rupenyer.hehhehe

Malam tu maryam muntah...lagi lah penat habis kusyen umah neneknye terkene muntahnya..bila aku dah bereskan semua tu, bekejor plak la aku nak suh adam susun buku dia dalam bag mengikut jadual hari esok plak sebab kalu lambat suruh mesti dia tido dulu. Maklumlah penat sangat kot. siang kat sekolah dah dari pagi...tapi Adam ni memang nakal lah skit, payah bila suruh buat...aku kekadang rasa juga tension...pukul 9.30 aku baru la boleh start basuh baju sekolah adam.

Sunday, January 17, 2010

Minggu Ke 2 Persekolahan


Aku tak nampak pun Adam tu takot2 cam dia mula2 nak ke sekolah PRA dulu. Skang ok je aku tengok. Cuma dia nak cuba sesuaikan diri dia dengan Sekolah di bandar tu.Skang ni memang kesian tengok dia, tapi aku memang nak suruh dia jadi pandai terpaksa lah dia juga bekerja keras... ada orang cakap tak boleh kecil2 ni paksa anak belajar teruk2, nanti dia cepat bosan. Bagi aku sama saje. Paksa pun tak boleh, tak paksa pun tak boleh. Yang pastinya sekolah di situ memang bagus...

Adam seawal jam 6.00 pagi sudah bangun. Tapi biasa lah budak2 ni ada yang ok ada yang tak ok. Tapi dia ni memang susah nak bangun tido.puas aku kejut. kul 7.30 aku dah anto dia kat taska Sri Kuantan untuk dia belajar disitu diwaktu pagi. Segala-galanya diuruskan oleh pihak taska Sri Kuantan. Dari segala pembelajaran dan persiapan untuk ke sekolah pun taska buat. Maklumlah aku ni orang bekerja. Kadang2 aku terpikir juga, dulu aku dihantar oleh ibu ke sekolah, tapi sekolah aku cuma dibelakang rumah ajer...hehehe.tapi budak2 skang lain dah..semuanya kene berdikari sendiri.naik van sekolah seumur 6 tahun. Zaman telah berubah.....

Aku tengok perkembangan dia dalam bahasa cina ada perbezaan. Dulupun dia di Sekolah cina juga masa 6 tahun. Tapi setakat ni bila aku tempatkan dia di Sekolah Sri Kuantan memang sepenuhnya dia kene cakap cina. Kadang-kadang kesian juga kan...tapi bukan aku nak mendera dia supaya menguasai bahasa ke tiga, tapi itu lah hakikatnye...Aku dulupun tak penah sekolah cina pun..tapi bila kite pandai menguasai bahasa cina ni banyak kelebihannya. Cuma adam ni dia payah nak cakap dengan kita bahasa tu, tapi bila tengok tulisan cina dia tulis ok plak. Ada la skit2 dia cakap, tapi masih malu2....

Saturday, January 16, 2010

Hari Pertama Sekolah

Adam sekarang dah masuk darjah 1. Hari pertama beliau ke Sekolah tiada masalah baginya kerana sebelum ini beliau pernah menjalani PRA Sekolah di Sekolah tersebut. Ramai kawan-kawan satu kelas dulu pun ada bersamanya di satu kelas. Adam sangat gembira dan teruja bila di Sekolah. Dari dulu lagi Adam sentiasa bertanya bila nak mula Sekolah. Aku mengambil cuti rehat selama 3 hari untuk memantau dia di sekolah. Alangkah seronoknya melihat setengah ibu bapa hari2 menghantar makanan utk anak2 beliau. apakan daya aku terpaksa menjalankan tugas.

Hari pertama aku menghantar anak ke Sekolah pada jam 12. 45tgh. Sesi mengatur murid2 untuk berada di kelas masing2 telah pun ditetapkan oleh guru sekolah tersebut. Memang teratur dan penuh ketegasan untuk mendidik murid2. Mungkin telah lama kutinggalkan zaman persekolahan ku, aku pun menjadi seronok bila berada di sekolah. teringat kisah zaman sekolah ku dulu. Aku menghantar anak ke kelas pada jam 2.30, memang terasa penatnya. Tapi ini adalah satu pengorbanan datangnye dari seorang ibu untuk mendidik seorang anak menjadi yang terbaik dan kisah ini juga boleh mengenang kembali zaman ku dulu.

Hari Kedua Adam di Sekolah tersebut, aku telah memberi duit kepadanya sebanyak RM1.40, setiap makanan disitu telah ku ambil harganya untuk ku bajet barape yang diperlukan setiap hari untuk makan. Pada hari tu aku lewat tiba di sekolahnya, murid2 sudah keluar rehat. Aku pun kelam kabut mencarinya. Jumpa2 tengah makan, tapi aku tekejut lah sebab aku bagi RM1.40 tapi dia beli Air Botol oren, Sosej dan nugget. semua skali 2.10 jadi dia beli nuget n sosej dengan hege 0.10sen. Adui bayangkan cam mana, aku cepat2 pergi ke kantin bertanyakan pekerja disitu. Kelam kabut dibuatnyer....

Hari ketiga aku dah tak bagi duit dekat dia. aku bungkus nasi ayam untuk dia, sebab dia ada cakap nak makan nasi ayam. Aku dah sampai kat situ kul 3.15 cam tu. Murid2 kuar rehat kul 3.30ptg. jadi setibanye aku disitu duduk lah sekejap kat kerusi. Bila dah ramai murid2 keluar aku pun terintai2 lah. Tapi puas aku intai tak juga aku jumpe. Tak boleh jadi ni aku pun cari dekat kelas dia. cikgu dia bagi tau dah keluar semua rehat. Pusing punyer pusing tak juga jumper. Maklum lah semuanya baju n kepala sama jadi mana nak jumper, kecuali dia tengok kite. Terpandang aku pada skrin sebelah kantin, skrin tu dipasang pada waktu rehat untuk budak2 tengok citer, aku pergi cari dia disitu. Kesian aku tengok, sedar diri tu tak bawak duit. Terkejar2 makan, cikgu dah siap datang kat meja, org dah beratur nak masuk kelas. Mula lah aku rasa gelabah. Setahu aku dulu masa aku, di sekolah kebangsaan bila habis waktu rehat, murid2 berlari bekejaran masuk ke kelas. Tapi bila di SJK (C) ni aku rasa kawalan dia ketat skit kot. Skang ni hari2 aku bekal kan dia makanan. Bulan ni makan sedap lah dia sebab abh dia kerja malam jadi boleh lah hantar makanan kul 3.30ptg. Aku plak rehat lah skit, tak yah lah terkejar2 pag2i masak. Kadang2 masak nasi ke, mee kee, nasi goreng ker. Tapi yang pasti nuget n sosej.hehehe.Kesian kat dia aku tengok, tapi aku bagi dia makan mende yang ringan sebab dia dah makan kat tempat dayCare.

k lah nanti aku sambung lagi citer.....