Monday, March 8, 2010

Solat Berjemaah - Sepupu sepapat


Tiap2 hari Ahad, Cikpa dia datang umah mak..jadi aku cubalah kumpul kan budak2 ni Adam,Amin,Syahmi,Maryam dan Irdina untuk sembahyang sama2..nasib baik tak ada masalah bila suh sembahyang, cuma masing2 tak nak jadi imam..kecoh ler sekejap cari kopiah, sejadah dan dengan Maryam punye kain sembahyang. Teringat aku dulu2 zaman sepupu2 dia, sembahyang jemaah macam along, muiz dan adib..Skang giliran mereka pula..Harap usaha aku akan mendapat yang terbaik dariNya.Semoga mereka semua ni menjadi anak yang soleh dan solehah..Amin

Sambutan Hari Lahir Di Taska MPK




Selamat Hari Lahir Maryam pada 05 Mac 2010 yang ke 5 tahun, semoga dimurahkan rezeki, jadi anak yang solehah,panjang umur dan diberkati Allah S.W.T. Sambut hari lahir Maryam beli kek sahaja hantar ke Taska dia..skang ni ramai plak la minat n suka makan kek pandan layer tu..ada juga la yang tempah nak buat hari lahir anak dia. Memang sedap kek tu, rugi tak rasa. Maryam ni selagi tak bawak kek kat taska dia, selagi tu ler dia tanye. Supplier kek tu sapa lagi kalu bukan cik, kakak aku. Katanya hadiah hari lahir Maryam kek tu, tiap2 tahun seronok ler Maryam dapat hadiah kek jer..save buget aku hehe..

Ni tak tau ler bila nak wat sekali ngan Irdina, anak saudara aku..Hari lahir dia 04 Mac, jadi adik aku nak buat sekali ler ingat..Maryam apa lagi bila dah tau nak buat sekali ngan Dina selalu ler menanya (bila nak buat?).Tengok ler buget cukup boleh buat hujung bulan ni ker..hehe

Tunggu juga orang Qatar sponsor..haha

Saturday, March 6, 2010

Pokok Orkid






Cantik tak bunga orkid saya yang baru semalam beli...Tapi dah berbunga..untung sungguh saya beli pokok ni, dah ada bunga sekali..murah juga lah harga pokok ni..puas juga cari kat mana ada pokok yang dah ada bunga sekali,rupa2nya jumpa kat rumah no 17, lorong 4 Taman Pelindung Jaya..hehehe

Tuesday, March 2, 2010

Solat Maghrib



Alhamdulillah...
Setakat ni Adam dan Maryam tak susah mane bila suruh sembahyang. Tapi Maryam ni kadang2 liat jugak la. Adam plak, setiap kali masuk waktu hari-hari kene ingatkan dia, kalu tidak ingatkan dia alamaknya tak solat la dia. Setiap kali dia solat aku kene tunggu sampai habis dia solat, sebab banyak yang kene diperbetulkan. Setiap kali nak solat juga mesti Adam tanya, (Berapa ma?) kadang-kadang sekali ngan jari dia tunjuk..nak tau berapa tu apa? berapa rakaat... Aku cuma anggukkan ajer, menandakan yang jari dia tunjuk betul..Adam ni selalu nak sembahyang berjemaah dengan aku, bukan setakat berjemaah jer siap nak jadi imam sekali plak tu..Adam2.Aku tau tak baik sebenarnya, sebab dia tak baligh lagi. Tapi bila pikir nak mendidik dia dari kecil ni terpaksa lah ikut cakap dia. Biasa aku berjemaah dengan dia solat maghrib, yang nak sukanya aku baru rakaat pertama dia dah rakaat kedua...aku baru tahiyat awal dia dah bagi salam...Maryam plak siap cakap 'cepat abg habiskan solat nanti ma menang plak' berdosa juga kan aku dengar dia cakap, tak kusyuk namanya..hehehe

Adam tak pernah lupe berdoa bila dia habis sembahyang..Dulu aku pernah juga dengar dia baca doa habis sembahyang..lancar dia baca..sebab dulu aku hantar dia belajar kat taska pelindung damai..cikgu kat situ memang bagus.sekarang cikgu tu dah berhenti daaa.sedih...Adam baca kuat doa tu sebab tu aku dengar..tapi skang doa habis sembahyang Adam baca perlahan dah, bila aku tanya dia diam jer, bila aku tanya lagi apa yang dia baca, dia cakap baca doa jadi anak soleh, rajin belajar dan jangan nakal2..bertuah punya anak..aku ingat dia tak ikut apa yang aku doakan masa sama2 sembahyang berjemaah dengan dia tu..rupanya dia ikut juga..aku saje jer bila berdoa, aku doa kuat2 supaya dia orang dengar..hehehe..biasa kalu adik dia lambat, Adam akan jerit (cepat dik waktu dah nak habis dah ni!!)mana taknye, dah nak dekat pukul 8.Adui...

Aku cuba mendidik anak2 aku supaya menjadi anak yang berguna..memang la Adam tu nakal sikit..tapi insyallah aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka berdua..Semoga Adam dan Maryam menjadi sebaik nama yang diberi dan menjadi anak yang soleh dan solehah.Amin..