Sunday, February 21, 2010

Gambar terbaru kakak...


Tak banyak aku ambil gambar kakak...semalam masa dia datang kat umah mak untuk hadiri kenduri kahwin nyambut nantu anak Zul Satay aku lupe plak nak ambik..semalam comel kit kakak sebab aku dah letak kat rambut dia dengan minyak..Pandai plak tu lepas sikat rambut dia pergi dalam bilik aku ambik bedak...keluar2 dah bertapung kat muka..penuh bedak kat muka kakak.hahaha Adam dan Atirah gelakkan dia.Tengok lah kakak yang bertudung hijau...pakai tudung mahal tu..

Gelagat






Tengok ler tu..Adam dan Maryam letih sangat sampai tertidur dalam kereta, balik dari kenduri kahwin umah Pah Ngah, Bukit Goh...Qaira plak semakin tembam..hehe sempat gak ler ambik gambar dia, walau batery tinggal skit lagi..Tengok ler gambar sepupu aku tu, nak kawin lambat lagi..tapi berangan jer kuat. Anak aku Maryam apa kurangnya..

Kenduri kahwin sepupu....






Hari ni 20/02/2010 sepupu aku kahwin...Ramai ler sedara mara datang. Iyer lah masa ni la nak jumpa dengan sedara mara terdekat..sempat juga lah ambik gambar sebahagian dari keluarga aku..Tapi aku memang lupe betul nak ambik gambar mak sedara, sepupu2 yang lain,kakak aku yang paling sibok tu..cik dan long. Anak2 sedara dan anak aku yang duk main kolam ikan pak ngah. Adui habis nyer pasir n segala mende buat masuk dalam kolam tu..Layan jer budak2 tu sebenarnya, jangan sampai masuk dalam kolam tu sudah...risau gak aku sebenarnya dengan anak2 aku terutamanya adam..hehehe. Kolam pak ngah tu bukan cam kolam ikan jer..cam kolam renang..patut ler si adam tu geram jer nak masuk dalam...Aku sebok gak sebenarnya, tapi sebok awasi mereka..dengan kakak plak sama sebok nak tengok pengantin..terpaksa lah aku tolong ngantar n letak kasut dia kat tempat lebih senang dia nak pakai..maklum lah ramai orang, lagi pun dia tu lesen L..hehehe

Kat sini ada ler skit2 gambar yang sempat aku ambik..sebenarnya camera aku lupe nak caj batery..tu yang kedekut nak ambik banyak gambar tu..tengok ler yer

Wednesday, February 17, 2010

Sauna...


14 Februari 2010..Ini sauna baru aku..dah lama aku beli, tahun lepas bulan sebelas. Tapi aku baru ajer ambik awal bulan 2 baru ni.Bukan aper tak ader masa nak pergi ambil. Sampai toke kedai tu dah berapa kali talipon, bila mau ambik katanya. Baru ni kan cuti panjang (Tahun Baru Cina)jadi aku pun jalankan projek sauna aku ni..Dulu sauna ni aku pernah tolong kakak aku pergi ambik kat kedai, terasa juga la nak bersauna.Kakak aku suruh aku cuba, entah sampai ke hari ni aku tak pernah cuba yang kakak aku punyer, sampai lah dia bawak sauna ke Qatar..

Aku tak pernah masuk dalam sauna ni..Macam mana yek rasanya..mesti panas. Kalu aku tak masuk rugi sebab dah beli. Jadi bermulalah episod dengan sauna aku ni. Hari pertama masuk, takut juga. Brapa kali aku bukak tutup bende alah tu takot air dalam bekas tu melimpah.Panik juga aku. Sebelum ni aku tak pernah pun cuba sauna kat kedai.Sebab tu jadi cam ni.

Bila dah biasa, rasa sedap plak badan ni. Iyer lah sauna ni untuk menguruskan badan, mengeluarkan toksin dalam badan. Elok juga kalu org lepas bersalin.Mak aku kata Kalu orang dulu2 dia bersalai.Sekarang zaman dah moden. Masukkan ajer serbuk dalam 'Rice Cooker' tu tunggu ler 5 mint, menggelegak, masuk ler dalam sauna tu.Tapi aku tak tahan lama dalam 15 minit jer aku buat waktu pagi dan malam bila cuti sahaja.Patut ler kakak aku sorang tu menten jer badannyer, walaupun beranak 5.Ada rahsia disebaliknya....Kalu sapa2 nak cuba mai ler, caj cume RM10 cash....

Monday, February 8, 2010





Kakak masa kecil....

Comel kan gambar kakak kat atas...kalu tak silap masa ni kakak baru setahun lebih. Masa kecil kakak memang macam kanak2 lain. Lincah, Ceria dan sihat selalu..Bila usia kakak genap 2 tahun kakak demam panas yang menyebabkan kakak tidak boleh jalan.Masa tu aku tak kawin lagi, tapi aku boleh merasakan bagaimana sedihnya hati seorang ibu melihat seorang anak yang selama ni sihat dan secara tiba@ jatuh sakit....

Sekarang aku sudahpun berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata.Aku bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kurniakan kepada aku anak yang sihat..siap sangka dari anak yang sihat menjadi sebaliknya. semua tu kerjaNya. Kita hanya mampu berdoa. Semoga kakak sihat selalu..Banyak perubahan pada diri kakak sekarang...nak tengok gambar terbaru kakak, tunggu!!!!

Sunday, February 7, 2010

Upah...



Sejak anak aku Sekolah ni, aku sampai lupe nak cuci cadar. hari semalam aku sempatla membasuh cadar dan sarung bantal budak2 ni. Malam plak aku baru ler nak masuk kan balik pada tilam n bantal. Masa tu adik dah tidur. Cuma abg jer belum tido lagi.. Entah apa mimpi dia nak tolong masukkan cadar pada tilam..Eh rajin plak budak ni. Lega skit sebab dia tolong. Dengan sarung bantal skali dia tanya nak masuk sekali ker. Apa lagi aku suruh jer ler. hehehe. Kesian plak aku tengok.. tapi lebih baik dari kecik ni kita suruh. iyerlah kalu bila besar nak jd malas gak tak tau ler. Mintak2 la selalu rajin tolong aku. Lepas habis jer kerja tu, aku bagi ler upah RM1 diatas kerajinan dia. Suka sangat ler abg sebab dapat upah.. untuk tatapan bila dia besar boleh tengok gambar ni..

Motor Baru



27 Januari 2010, Yamaha Ego S menjadi pilihanku. Aku dan suami ke Jalan Makbar untuk survey2 dulu motor. Ada dua buah kedai kat situ. Kedai pertama aku masuk kedai tu memang hege murah dari kedai kedua aku pergi..Tapi sombong. Aku tak suke...Memang berbeza betul harganya. katanya bila motor hilang nak claim ngan insuran nanti dapat balik duit sama dengan harga yang kita mula beli. Kalu motor tu RM6000 dapat balik la RM6000. Setahu aku mana ada insuran buat cam tu..tak jadi ler aku beli kat kedai dua2 buah kedai tu.

Aku mengajak suami ku ke kedai yang ketiga iaitu di Jalan Beserah. Situ memang famous dengan kedai motor. Biarpun aku tak pernah beli motor, tapi kekadang lalu sempat juga menoleh ke arah kedai kat situ... Kat kedai ni amoi tu memang layan habis aku..iyer lah customer mesti layan habis punye. Tapi aku ingat amoi ni sombong ternyata tidak..susah nak cari org cina yang peramah. Dengan anak2 dia skali tk takot ngan orang. Biasa budak cina ni tak kira umur barapa pun mesti tengok orang je takut. Umur ibu dia 28 dah ada 4 orang anak.. kalu semua orang cam dia ni alamak senang ler hati orang nak membeli. Nak tau barapa hege yang aku dapat kat kedai ni hege jauh beza dari kedai 2 buah tu. Harga 300ratus lari..uish banyak tu kan.

Aku beli motor ni bukan apa, senang untuk ke Pasar n bila nak g area dekat2 pun mudah. Senang juga utk suami aku bila nak anta Adam g taska kat Sri Kuantan, hantar makanan waktu rehat dan ambik anak balik sekolah. Tak per lah ni pun semua untuk kesenangan aku juga. Bila masa aku ambik anak aku dengan motor mesti Adam tanya, pandai ke ma bawak motor.. Dengan yakin nye Adik dia cakap..naik jer lah abg, ma pandai bawak..Iyer la dia orang jarang tengok aku naik motor..Kalu bawak kat Bandar tak mungkin kot..takut