Tuesday, March 2, 2010

Solat Maghrib



Alhamdulillah...
Setakat ni Adam dan Maryam tak susah mane bila suruh sembahyang. Tapi Maryam ni kadang2 liat jugak la. Adam plak, setiap kali masuk waktu hari-hari kene ingatkan dia, kalu tidak ingatkan dia alamaknya tak solat la dia. Setiap kali dia solat aku kene tunggu sampai habis dia solat, sebab banyak yang kene diperbetulkan. Setiap kali nak solat juga mesti Adam tanya, (Berapa ma?) kadang-kadang sekali ngan jari dia tunjuk..nak tau berapa tu apa? berapa rakaat... Aku cuma anggukkan ajer, menandakan yang jari dia tunjuk betul..Adam ni selalu nak sembahyang berjemaah dengan aku, bukan setakat berjemaah jer siap nak jadi imam sekali plak tu..Adam2.Aku tau tak baik sebenarnya, sebab dia tak baligh lagi. Tapi bila pikir nak mendidik dia dari kecil ni terpaksa lah ikut cakap dia. Biasa aku berjemaah dengan dia solat maghrib, yang nak sukanya aku baru rakaat pertama dia dah rakaat kedua...aku baru tahiyat awal dia dah bagi salam...Maryam plak siap cakap 'cepat abg habiskan solat nanti ma menang plak' berdosa juga kan aku dengar dia cakap, tak kusyuk namanya..hehehe

Adam tak pernah lupe berdoa bila dia habis sembahyang..Dulu aku pernah juga dengar dia baca doa habis sembahyang..lancar dia baca..sebab dulu aku hantar dia belajar kat taska pelindung damai..cikgu kat situ memang bagus.sekarang cikgu tu dah berhenti daaa.sedih...Adam baca kuat doa tu sebab tu aku dengar..tapi skang doa habis sembahyang Adam baca perlahan dah, bila aku tanya dia diam jer, bila aku tanya lagi apa yang dia baca, dia cakap baca doa jadi anak soleh, rajin belajar dan jangan nakal2..bertuah punya anak..aku ingat dia tak ikut apa yang aku doakan masa sama2 sembahyang berjemaah dengan dia tu..rupanya dia ikut juga..aku saje jer bila berdoa, aku doa kuat2 supaya dia orang dengar..hehehe..biasa kalu adik dia lambat, Adam akan jerit (cepat dik waktu dah nak habis dah ni!!)mana taknye, dah nak dekat pukul 8.Adui...

Aku cuba mendidik anak2 aku supaya menjadi anak yang berguna..memang la Adam tu nakal sikit..tapi insyallah aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka berdua..Semoga Adam dan Maryam menjadi sebaik nama yang diberi dan menjadi anak yang soleh dan solehah.Amin..

2 comments:

  1. Melentur buluh biar dari rebungnya.Anak2 akan melihat dan mengikut apa yang ibubapa dia buat...kerana ibu dan bapa adalah guru yang paling rapat dengan dia.

    ReplyDelete
  2. Semua Ibu mengharapkan yang terbaik buat anak mereka kan..Teh terima kasih kerana memberikan satu motivasi yang akan dipraktikkan selamanya.

    ReplyDelete