27 Januari 2010, Yamaha Ego S menjadi pilihanku. Aku dan suami ke Jalan Makbar untuk survey2 dulu motor. Ada dua buah kedai kat situ. Kedai pertama aku masuk kedai tu memang hege murah dari kedai kedua aku pergi..Tapi sombong. Aku tak suke...Memang berbeza betul harganya. katanya bila motor hilang nak claim ngan insuran nanti dapat balik duit sama dengan harga yang kita mula beli. Kalu motor tu RM6000 dapat balik la RM6000. Setahu aku mana ada insuran buat cam tu..tak jadi ler aku beli kat kedai dua2 buah kedai tu.
Aku mengajak suami ku ke kedai yang ketiga iaitu di Jalan Beserah. Situ memang famous dengan kedai motor. Biarpun aku tak pernah beli motor, tapi kekadang lalu sempat juga menoleh ke arah kedai kat situ... Kat kedai ni amoi tu memang layan habis aku..iyer lah customer mesti layan habis punye. Tapi aku ingat amoi ni sombong ternyata tidak..susah nak cari org cina yang peramah. Dengan anak2 dia skali tk takot ngan orang. Biasa budak cina ni tak kira umur barapa pun mesti tengok orang je takut. Umur ibu dia 28 dah ada 4 orang anak.. kalu semua orang cam dia ni alamak senang ler hati orang nak membeli. Nak tau barapa hege yang aku dapat kat kedai ni hege jauh beza dari kedai 2 buah tu. Harga 300ratus lari..uish banyak tu kan.
Aku beli motor ni bukan apa, senang untuk ke Pasar n bila nak g area dekat2 pun mudah. Senang juga utk suami aku bila nak anta Adam g taska kat Sri Kuantan, hantar makanan waktu rehat dan ambik anak balik sekolah. Tak per lah ni pun semua untuk kesenangan aku juga. Bila masa aku ambik anak aku dengan motor mesti Adam tanya, pandai ke ma bawak motor.. Dengan yakin nye Adik dia cakap..naik jer lah abg, ma pandai bawak..Iyer la dia orang jarang tengok aku naik motor..Kalu bawak kat Bandar tak mungkin kot..takut
Memang motor memudahkan...betul tu...tapi hati-hati bila bawak motor ...maklum lah..kena sikit pun dh jatuh...terutama masa bawak anak2...dan tolong sentiasa ingatkan angah ....bila kita beringat ni selalu nya payah la nk jadi apa2..insyaallah....
ReplyDeleteTu lah Long, selalu kene ingatkan kat angah. Tq Long..
ReplyDeletek.ita merempit ke??hehe
ReplyDelete