Thursday, January 28, 2010

Kereta Rosak


Pagi tu aku keluar dari rumah macam biasa. Entah kenapa aku rasa macam tak kene jer dengan kereta aku. Lepas jer aku hantar anak kat Taska, terus menuju ke pejabat. Masa tu dah la hujan renyai2, nasib tak lebat hujan. Tiba2 sampai kat Jalan Penjara betul2 berhenti dekat 'traffic light' aku cuba tekan 'clutch' tapi kosong. aku cuba masukkan gear tapi ketat, memang tak boleh gerak lagi kereta tu. Bila aku tengok belakang kereta aku, ada bas UIA. Lampu dah bertukar hijau, apa lagi 'nervous' gila. Nasib baik la aku dengan kawan masa tu. Tak de lah teruk sangat 'nervousnyer'. Aku cuba lagi tapi tak boleh. Kereta lain dah sibok bunyikan hon masing2. Tak ada perasaan ker.. Bodoh ker orang nak berhenti kat tengah jalan tu.

Pemandu bas tu memang baik hati... Brother tu terus turun tanya kenapa..aku cakap susah nak masuk gear 'ketat'. mungkin minyak clutch bocor katanya. Bagusnye dia tolak kereta aku ke tepi...Adui masa tu plak kredit tinggal ceput jer.. jenuh plak la aku pinjam tepon ngan kawan. Aku cuba telepon kawan sepejabat ni. Dia ni selalu suke tolong orang..Apa lagi aku memang teringat kat dia jer yang boleh tolong. Lebih kurang 10 minit aku tunggu dia sampai dan cuba tengok kereta aku...

Apa dia kata..Kereta aku minyak kat clutch bocor...Terpaksa lah aku tinggal kereta aku kat situ dulu sementara tunggu suami ambil baiki. Terima kasih aku ucapkan kepada along satu pejabat sebab banyak sangat tolong aku...habis juga RM150..Sebenarnya berguna juga kita buat simpanan untuk kecemasan...Aduhai kereta ku Satria 2564.

4 comments:

  1. bgus ek si along tu...ti nk gak la soh die tolong tgk2 kn ''keta kriss' den.. =)

    p/s..cek elok2 keta before bergerak yer..

    ReplyDelete
  2. iyer lah...samo jo ngan hang. Bawak motor tengok lu tayar motor tu takot tak dok tayar. hahaha

    ReplyDelete
  3. pengalaman mahal pada seme yang bergelar pemandu.....harap2 tidak dilalui masa2 akan datang....

    ReplyDelete
  4. tapi setakat ni alhamdulillah tak pernah lagi la langgar bontot orang.hehehe.jangan marah...

    ReplyDelete